Tuesday 17 July 2012

Bawa telefon, iPad ke sekolah

Teringat zaman sekolah dulu... Masa tu handphone dikira teknologi paling canggih. Punyalah merayu kat parents nak hp. Sebab duduk asrama, so hp ni adalah dalam golongan barang yang diharamkan untuk dibawa ke sekolah. Hot item bile ada sportcheck ialah hp. Macam-macam teknik nak sorokkan HP. Sesekali terkantoi di tangan warden... HP dulu mana ada games and any apps macam sekarang. Sekadar SMS dan call ajer.. 

Terbaca artikel di utusan online hari ni. Mulai tahun depan dah boleh bawa Hp ke sekolah. Bukan Hp ajer. Siap dengan iPad sekali. Canggih betul budak2 zaman sekarang ni... Harap mereka ni (termasuklah anak aku yang next year akan tadika), tak lalai... Aku pun dalam planning nak belikan satu Hp untuk abg.. Hp yang biasa ajer untuk call sahaja. Boleh set auto key. Press 1 utk call mak dia. Press 2 untuk call ayah dia. (tengok... mak ayah pun sebenarnya menggalakkan). 

Tapi zaman sekarang ni hp dah jadi satu keperluan. Since the technology to communicate become wider, I think the kids should have one. So as a parents, anytime boleh sms or call tanye anak kat mana. Dulu-dulu mak tak kerje... fulltime housewife. Boleh pantau anak. Sekarang most mothers is educational worker. Bekerjaya... Selagi teknologi tu menyenangkan, apa salahnya diguna pakai... cuma kene control dan awasi anak-anak kita... 

Part of the article can read below: 

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.

Sumber dari: Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


No comments:

Post a Comment