Tuesday 17 July 2012

Baju Raya Oren - Memang lawak tahap gaban

Tadi dengar radio era online. Biasalah... kerje mana boleh concentrate kalau tak buat dengar lagu... nnti mesti mengantuk. Then suddenly panggilan hangit on air. Panggilan hangit yang memang tersangat hangit... Memang tak boleh tahan. Gelak sampai nak pecah perut... I think this is one of the best panggilan hangit yang pernah di dengar. Moh ler dengar... Klik kat link bawah ni...

http://www.hotfm.com.my/hot_podcast/Baju_Raya_ORen.html
Bila dah masuk kat page tu, jangan lupa klik button "Play".

Bawa telefon, iPad ke sekolah

Teringat zaman sekolah dulu... Masa tu handphone dikira teknologi paling canggih. Punyalah merayu kat parents nak hp. Sebab duduk asrama, so hp ni adalah dalam golongan barang yang diharamkan untuk dibawa ke sekolah. Hot item bile ada sportcheck ialah hp. Macam-macam teknik nak sorokkan HP. Sesekali terkantoi di tangan warden... HP dulu mana ada games and any apps macam sekarang. Sekadar SMS dan call ajer.. 

Terbaca artikel di utusan online hari ni. Mulai tahun depan dah boleh bawa Hp ke sekolah. Bukan Hp ajer. Siap dengan iPad sekali. Canggih betul budak2 zaman sekarang ni... Harap mereka ni (termasuklah anak aku yang next year akan tadika), tak lalai... Aku pun dalam planning nak belikan satu Hp untuk abg.. Hp yang biasa ajer untuk call sahaja. Boleh set auto key. Press 1 utk call mak dia. Press 2 untuk call ayah dia. (tengok... mak ayah pun sebenarnya menggalakkan). 

Tapi zaman sekarang ni hp dah jadi satu keperluan. Since the technology to communicate become wider, I think the kids should have one. So as a parents, anytime boleh sms or call tanye anak kat mana. Dulu-dulu mak tak kerje... fulltime housewife. Boleh pantau anak. Sekarang most mothers is educational worker. Bekerjaya... Selagi teknologi tu menyenangkan, apa salahnya diguna pakai... cuma kene control dan awasi anak-anak kita... 

Part of the article can read below: 

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.

Sumber dari: Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


Monday 16 July 2012

Dah nak puasa :))

Hujung minggu kita semua akan menemui Ramadhan. Hari khamis ni tengok anak bulan. One of the place is Bukit Melawati Shah Alam. (Dulu selalu jugaklah kesana) Tak sabar nye nak puasa... Bukan soal makan ajer jadi isu, soal ibadah pun kene ambil kira... Disebabkan last few years anak2 pun masih baby dan susah nak tinggal, jarang sekali dapat terawih... So for this year aku harap dan mengharap akan dapat pergi terawih seberapa banyak hari yang boleh...

Bab makan memang nak kene jaga. Last 2 years gara2 tak jaga makan, aku dimasukkan ke ICU. Semua nak bedal.. Semput tahap kritikal. Untill today masih tak dapat lupa saat2 tu... Terima kasih ya Allah kerana dipanjangkan umur ku dan diberi kesempatan merasai nikmat hidup sampai ke hari ni.

Terima kasih kepada HR management sebab bagi keluar awal 1 jam. Even rumah dan ofis cuma 5 minit perjalanan (naik kereta), tapi sebagai seorang ibu, macam2 nak kene buat. Nak balik masak nasi, beli lauk kat pasar ramadhan, siap2 berbuka puasa dan uruskan anak-anak. So 1 jam balik awal tu amatlah berharga.. Masak is only ada masa free sahaja.. Selagi daya mampu dan menyenangkan, beli ajer... Nasi ajer di masak. Daging gulai kawah adalah juadah yang memang tiap2 hari beli..

Persiapan diri untuk berpuasa tak ada sangat... Memang dah biasa kadang2 tak makan tengahari coz setiap pagi akan ambil heavy breakfast. Kenyang samapi ke petang. Cuma takut tak bangun sahur ajerlah.. Since dah biasa ambil breakfast, so kalo skip, memang rasa nak muntah + lemah ajer badan ni... Harap ketahanan mental dan fizikal ni kuat.

Oklah... Masih sempat berpuasa sunat dalam 2-3 hari lagi... Apapun, jaga kesihatan. Semoga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya..

Maklumat selanjutnya mengenai TPM

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012.Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

Informasi ni diambil dari http://tpm-uitm.blogspot.com/. Boleh klik untuk maklumat lanjut

TPM (Tenaga Pengajar Muda) UiTM

I have been in this industry for so many years... Lately dah mula rasa bosan dengan kerje sendiri. Disebabkan bosan, so memang dah tak boleh nak concentrate dengan kerja. Asyik nak menghabiskan masa dengan kerje sendiri yang tak berkaitan dengan kerje ofis. Aku dah mula perasan pada diri sendiri yang aku ni banyak bagi alasan... Bila dah sampai dateline, barulah nak bersengkang mata nak siapkan kerja. Kalau tak siap, mulalah bagi alasan...

Terasa nak mencari angin baru. Nak kan sesuatu yang lebih challenging and of course can gain more for the family. Tapi tak berani nak mulakan 1step. Macam mana kalau dah berhenti, then tempat baru pulak tak sesuai? Walau dah pernah rasa feeling ni, tapi hati ni tetap tak yakin. Dah lama sangat dalam comfort zone ni...

Nak belajar semula pun macam seronok. Tapi yakin ker? Macam tak berapa confident nak belajar semula...  Belajar ni bukan boleh main-main especially kalau dapat biasiswa... Lately application untuk TPM UiTM dah dibuka. Tarikh tutup dia 25hb Julai 2012.

Nak apply ker tak? Nak apply ker tak? Nak apply ker tak? 


TPM ni banyak stage. Bukan dapat macam tu ajer... Temuduga 2 kali.. Kene pass... Then banyak lagilah process nya. If success, kene cari sendiri tempat untuk belajar based on course yang di apply. 

Banyak cerita aku dengar pasal TPM ni. Since aku ni dah bekeluarga dan ada anak, the chances to get it, very low. Tapi betul ker? Ini dengar cakap2 mulut ajer... Tajaan pun tak banyak sangat compare dengan saraan hidup sekarang. Tapi itulah.. org kata bersusah-susah dahulu... Bersenang-senang kemudian... Gaji pensyarah boleh tahan. Mungkin buat permulaan, tak lah banyak sangat compare dengan swasta. Tapi kalau by grade dah naik, memang masyuk. Lagi satu, peluang tu... nak sambung study PHD, memang sangat tinggi dan senang dapat tajaan. Hemm... Aku bukanlah ulat buku... tapi minat tu macam ada... Dulu, time degree, belajar main-main. Janji lulus.. Pointer cukup-cukup makan 3.++ . Sikit ajer ++ nyer...

So finally, aku apply ajer... Tapi masih nak kene hantar hard copy to UiTM. Nasib baik dekat. Boleh hantar by hand. Wish me luck... Kawan-kawan yang nak apply... masih ada masa lagi... Link dia nnti aku check semula.. aku update kat sini nnti..

Thursday 12 July 2012

Pikom PC Fair 2012 (KLCC)

Dulu mase belajar, PC Fair adalah yang sering ditunggu... Sekali lagi for this year Pikom PC Fair akan diadakan di KLCC. Memang orang yang datang berkunjung ramai sampai nak masuk kene beratur... Tapi seronok berjalan.. Bolehlah nak beli sikit-sikit macam external hardisk, headphone dan macam-macam lagilah.

Tarikh: 13hb - 15hb July.
Tempat: KL Convention Center
Time: 11am - 9pm.

Saper yang kerje around KLCC, dah boleh pergilah hari ni... Kalau nak ke KLCC ni, aku suka naik Putra LRT. Terus sampai. Tapi sesiapa yang rase2 nak borong barang banyak2, drive ajer ke sana terus.

Since keadaan yang agak terlalu pack, agak tak sesuai nak bawa anak kecil. Sian kat anak... Also, tolong berhati2 dengan penyeluk saku. Pernah jadi to my fren, hilang camera dalam bag pack yang disandang kat belakang. Mungkin sebab orang terlalu ramai, sampai tak perasan ada orang buka zip bag. Sedar-sedar ajer, camera dah hilang.

Ok, berhati-hati dan happy shopping. :)


Toys ‘R’ Us Star Member’s Clearance Sale di Subang Jaya!

Sesiapa yang ada member card Toys 'R' Us, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Toys 'R' Us di Empire Shopping Gallery, Subang. Clearance sale up to 50% discount.

Dari 11th July - 17July.
10.00am - 10.00pm.

Dulu pernah beli motor untuk my son which cost me RM199.00. Instead harga asal RM300++. Oklah... setahun sekali. Lagipun beli kat Toys R Us ni mainan tahan lama. Every year hadiah for my son ialah basikal and sekali tu beli motor elektrik. Different type of basikal ikut age dialah..  Semua masih elok and now diwariskan kepada adik dia.

Sian adik... Asyik dapat yang 2nd hand.. Walaupun 2nd hand, tapi masih elok. And if u purchase mainan example motor elektrik, siap ada waranty setahun. Kalau kat kedai luar tu, paling tinggi pun 3-6 bulan. Now, dah more than 2 years, motor masih elok dan telah diturunkan kepada adik. (Kadang2 berebut jugak nak naik dengan abg). Ok, parents out there, if your children's birthday is around the corner, bolehlah datang sini. Sekali sekala belanja untuk orang tersayang apa salahnya... :)